بسم الله الرحمن الرحيم
“Kring! Kringg!!...kring! kringg!!...”
Aku: “Hello..iya? mo cakap dengan siapa?”
Hujung talian: “Hmm..ada mamamu?”
Aku: “Hmm..mama? mama belum balik lagi la auntie..mama masih kerja dengan bapa..nda lama lagi balik la mama..”
Lama. Tanpa sebarang respon dari kedua-dua pihak.
Hujung talian: “Oh baa..nda pa la aa..nanti auntie telepon balik..”
Aku: “Owhh..okey..”
Hujung talian: “Babai..”
Aku: “Babai auntie..”
Ku meletakkan gagang telefon kembali..dalam hati terasa pelik sedikit..kenapa time diam lama tu..ku tia tanya kalau-kalau ada apa-apa pesanan untuk mamyku, seperti yang biasa ku lakukan..paling kurang..ku bertanyakan siapa gerangan temanku bercakap. Ada bau khabar dari kampung. Desing hatiku.
Pulang mama dari kerja..segera ku khabarkan..
Aku: “Mak..tadi ada auntie telefon tadi cari mama..”
Mamy: “Siapa?”
Aku: “Entah..tapi..macam auntie (kazen sebenarnya ikut pangkat keluarga) yang tinggal di Sandakan tu..yang macam muka mama tu..”
Andaianku mengingati kembali suara dan cara percakapan itu. Aku yakin, kazenku itulah yang berada di hujung talian, meski aku tidak bertanya secara direct gerangan suara itu.
Mamy: “Apa dia bilang?”
Aku: “Teda..dia cari mama jak..lepas tu, auntie bilang nanti dia telepon balik..”
Mamy: “Hmm..bah..ndapa la..nanti mama tunggu dia telepon..”
Selepas maghrib hampir ke isya’..kami di kejutkan dengan arahan daddyku..
“Siap-siap kamu aa..bawa baju..kita balik Kelawat..2,3 hari gitu..okey? Ina’ meninggal..baru jak tadi kena bagitau..esok kita balek kampung kelawat aa..kasi siap barang-barang kamu..”
*****
Setibanya di kampung..sudah ramai sanak saudara berkampung di rumah ina’ (nenekku blah mama..[ina’ ertinya ibu dalam bahasa dusun]..tapi oleh kerana sudah terbiasa mendengar mama memanggil ‘ina’’ kepada nenek..kami ikutkan saja..)
Mama dan bapa melawat nenek yang sudah terlantar di ruang tamu di kelilingi kaum kerabat sebelah mama. Nampak benar mama dan bapa menahan sebak melihat sekujur tubuh nenek yang telah lanjut usia sekitar 100 tahun kaku terbaring di atas tilam yang di sediakan auntie-auntieku. Menurut kazen dan auntieku sendiri; yang menjaga nenek di kampung ketika kami berada di K.K, muka nenek sekarang macam muka nenek time tidur, tidak merasa sakit atau apa, di tambah dengan senyuman yang nyaman, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku, plus, muka nenek di kata lebih bersinar daripada biasa.
*****
For more information, nenekku sebenarnya sakit, hanya dapat berlunjur kaki, tidak dapat bangun, apatah lagi berdiri. Jika ingin ke mana-mana perlu bantuan dari orang lain. Semacam lumpuh dari pinggang ke kaki. Di tambah lagi, nenekku sudah sampai tidak lurus bercakap. Jika ingin sesuatu, cuma kami sekadar mengagak-agak saja apa yang di minta sehingga nenek puas hati. Dan satu lagi, nenek hanya tahu dan faham bahasa dusun. Jadi jika ada apa-apa, hanya mama and auntie sahaja yang menjadi mangsa penterjemah bahasa..hehee…
Sebenarnya, rumah yang di duduki nenek adalah rumah persinggahan kami sekeluarga jika balik ke kampung. Jadi, jika kami kembali ke K.K, merekalah yang bergilir-gilir menjaga makan, minum, pakaian dan apa-apa sahaja pasal nenek. Kerana itu mereka lebih arif akan keperluan dan harian nenek. Nenek tidur macamana, mandi bila, makan apa, apa yang di isi ketika masa senggang. Semuanya serba tahu. Jadi tidak hairan la jika mereka mengatakan wajah nenek ketika ini lebih luar biasa daripada biasa.
*****
Setelah bersalaman dan bertanya khabar, sambil-sambil menyediakan kelengkapan menguruskan jenazah nenek. Mama bertanya..jika ada sesiapa dari kalangan ahli keluarga, sanak saudara yang menelefon ke rumah..merujuk kepada siapa yang menelefonku yang seakan membawa khabar dari kampung. Sanak saudaraku sebelah mama tidaklah ramai mana, maksudku, kampung mama di Kelawat hanya di duduki oleh adik-beradik mamaku sahaja. Ahli keluarga rapat. Tapi, langsung tidak ada seorang pun yang mengakun menelefon ke rumah.
Khabar mama padaku sungguh buat aku tersentap dan terpinga-pinga. Juga di tanya kazenku yang di Sandakan itu. Juga tidak mengaku. Dia jua memberitahu, dia juga baru tahu akan khabar itu. Ertinya, mama terlebih dulu tahu khabar nenek meninggal daripada kazenku sendiri. Aku jadi panik lagi. Siapa sebenarnya yang menelefonku itu. Yang bercakap denganku itu. Suara itu.
Seketika waktu..terimbas kembali sesi-sesi dialog aku dengan suara itu. Patut ku rasa lain, kenapa tidak saja ku bertanyakan pesanan atau gerangan siapa yang bercakap di hujung talian. Lagi menambah pelikku, kenapa tidak sahaja orang itu segera memberi pesanan untuk di sampaikan kepada mamaku, seperti yang biasa di lakukan oleh orang-orang yang seumur mamy and daddy.
*****
Di satu kisah lain lagi, aku tidak pasti bila peristiwa itu berlaku, sebelum atau selepas pemergian nenek, tapi perasaanku seperti selepas kejadian itu berlaku.
Aku bermimpi, dalam mimpi..aku ketika itu berada di rumah kami di kampung. Entah kenapa aku seorang sahaja yang berada di rumah ketika itu. Ketika sedang berjalan dalam rumah, aku mendapati sofa lama merah kami terlentang, terbalik posisi sebenarnya. Bahagian sandaran berada di lantai dan bahagian duduknya menggantikan tempat sandaran. Aku jadi pelik, semacam ada sesuatu di sebalik sofa yang terbalik itu.
Dalam ku keanak-anakan itu, aku cuba untuk memanjat sofa. Bungkam hatiku melihat apa yang ku nampak, ternyata nenekku sedang dalam bertelekung, tengah duduk antara dua sujud di hamparan sejadah mengadap kiblat, berada di balik sofa tersebut. Tersedar cucunya sedang memerhati, nenekku berpaling padaku dan tersenyum manis. Betapa tenang melihat senyuman itu.
Ada ku ceritakan mimpiku itu pada mama. Tanpa sebarang kata, terlihat hidung mama merah, mata jua, menahan sebak, akhirnya mama berpaling. Sempat terlihat genangan airmata mama.
Selepas itu, tidak berani ku ceritakan kembali akan mimpi itu. Tidak mahu mama menangis lagi. Cuma yang ku sangsi. Nenekku sebenarnya non-muslim. Dalam adik-beradik mama, mama seorang saja yang masuk Islam. Mualaf orang kata. Aku sendiri hiba jika teringatkan mimpi itu. Entahla apa yang ku rasa.
Mungkin bagi sesetengah pihak..mimpi itu sekadar mainan tidur cuma, tapi bagiku..mimpi itu juga kadang-kadang memberi suatu rahsia yang masih menjadi misteri untuk di selongkari maksud dan alamat di sebalik mainan mimpi itu..
Sudah sekitar 8 tahun peristiwa itu berlaku. Sehingga sekarang aku masih tidak dapat menjawab, gerangan siapa temanku bercakap di telefon itu. Dan cerita itu kini masih misteri bagiku sehingga sekarang. Siapa gerangan suara itu? Apa mahunya menelefon ke rumah?
“Jangan biarkan diri anda di selubungi misteri…”
V(^_^)V